Jumaat, 29 Julai 2011

KALAU SUDAH SAYANG VERSI CETAKAN


SALAM.. DAH LAMA TAK UPDATE BLOG NI, HAMPIR 1 TAHU N TERBIAR TAK ADA ENTRY BARU.... SAYA LEBIH BANYAK MENGEDIT BLOG NI; www.akudannovelku.blogspot.com....
BAGI YANG TELAH MEMBACA NOVEL KALAU SUDAH SAYANG VERSI CETAKAN, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI.. INI SEBAGAI RUJUKAN UNTUK SAYA BERKARYA DI MASA AKAN DATANG... TERIMA KASIH...

Jumaat, 24 September 2010

Bertemu kembali selepas 5 bulan....

Salam... Lamanya x brblogger... Dh 5 bulan sy senyap dr dunia blogger... Emmm... Tak trlambat lg untuk sy mengucapkan SALAM AIDILFITRI kpd semua yg telah mengikuti perjlnan blog ini(mcm la rmai sgt yg mnjg follower blog ni... Hehehehehe)

Emmm... Novel trbaru ada yg sy x ulas lg.... Byk sebenarnya yg sy x ulas.... Biar-biar la dulu... Nanti2 la dulu... Sy skrg masih lg di dlm mood 'MALAS'... Hehehehehe.... Jgn kata nk mengulas novel, nk menulis pun terasa malas yang amat...

Oh ya, sy ade sesuatu yg ingin di kongsi...

Semalam sy ada terbaca suatu artikel di dlm laman web IluvIslam. artikel yg brtajuk KENAPA LELAKI LAMBAT KAHWIN. kita selalu dengar persoalan kenapa perempuan lambat kahwin, tetapi semalam sy membaca topik yg sama tetapi berlaku kepada kaum Adam...

Daripada artikel tersebut, jika difikir2 kembali, memang betul apa yang ditulis oleh penulis artikel tersebut. Di dlm artikel tersebut, penulis membawa pembaca membayangkan situasi yg dilalui oleh seorang lelaki yg baru habis belajar disebuah usat pengajian tinggi dan memperolehi kerja. Kemudian mempunyai kekasih, bertunang dan berkahwin.

Tetapi panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Perkahwinan yang disangka boleh bertahan hingga ke akhir hayat rebah menyembah bumi. Kesimpulannya penulis ingin menyatakan segala perbelanjaan dan penyimpanan wang yang dilakukan sejak habis belajar rupanya hanyalah suatu pembaziran... Penulis menulis artikel ini lantaran banyaknya berlaku penceraian di negara kita. sebabnya hanya satu iaitu DUIT.....

Isnin, 26 April 2010

KEPADA SEMUA PEMINAT NOVEL KALAU SUDAH SAYANG

Salam semua....

Bagi pembaca novel Kalau Sudah Sayang mesti beranggapan yang sambungan novel tersebut pasti akan tersiar di blog ini.... Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana kesilapan teknikal itu...
sebenarnya laman blog ini lebih kepada ulasan novel-novel baru, tentang diri saya serta penerangan tentang novel Kalau Sudah Sayang bagi yang meninggalkan komen dan yang bertanya di laman Penulisan2u.my...
Bagi tidak menghampakan peminat, layarilah laman www.akudannovelku.blogspot.com untuk kalau sudah sayang...
Thanks for all support...

Rabu, 21 April 2010

NOVEL BARU DARI NBKARA....




Salam semua.....
Berjumpa lagi kita, Alhamdulillah kita semua masih lagi di panjangkan umur oleh ALLAH S.W.T...
Untuk novel terbaru ini saya memilih dua novel keluaran NBKara. Salah satunya merupakan penulis novel yang sangat popular di kalangan peminat novel ataupun di kalangan penulis novel iaitu Norhayati Berahim. Norhayati berahim mula mencipta nama di dalam dunia penulisan novel menerusi novel yang di keluarkan oleh Alaf21 sebelum beralih untuk menerbitkan sendiri karyanya menerusi syarikatnya. Manakala seorang lagi penulis merupakan penulis pelapis yang juga akan menjadi terkenal seperti Norhayati Berahim suatu hari nanti. Penulis tersebut mengguna nama pena sebagai Ieyay Zakaria.


Layang-layang Bertali Kaca-Norhayati Berahim

Kisah bermula dengan Manja, kanak-kanak berumur 8 tahun dan merupakan seorang anak orang kaya bernama Tengku Shariman yang hidupnya sangat terkongkong oleh ayahnya. Tengku Shariman menganggap orang yang rapat dengan keluarganya semuanya inginkan harta miliknya. Kerana itulah Manja tiada kawan. Hidup Manja hanyalah di dalam rumah banglo milik papanya yang telah dianggap sebagai sangkar emas. Manja hanya punya satu keinginan iaitu untuk bermain layang-layang seperti apa yang dia lihat setiap hari ketika melintasi padang yang menjadi tempat bermain layang-layang ketika pulang dari sekolah.
Dan pada suatu hari Manja dapat juga bermain layang-layang atas pelawaan Pak Jusuh, pemandu papanya. Manja sangat seronok kerana dapat bermain layang-layang seperti mana rakan sebayanya. Di padang layang-layang itulah dia bertemu seorang kanak-kanak lelaki dan emak kanak-kanak lelaki tersebut. Manja tidak tahu apa nama kanak-kanak lelaki itu kerana kanak-kanak lelaki itu hanya membahasakan diri sebagai "abang". Namun kegembiraan Manja tidak berpanjangan. Pada suatu hari dia dikejutkan dengan berita yang Pak Jusuh telah berhenti kerja dan secara automatik Manja sudah tidak dapat lagi bermain layang-layang.
Tahun berganti tahun berlalu dengan cepatnya. Pada usia Manja 24 tahun, Manja di perkenalkan dengan seorang lelaki bernama Azmin oleh sahabatnya, Zakiah. Pada pertemuan pertama, Manja sudah dapat mengagak siapakah Azmin itu. Lalu, Manja mengatur satu rancangan untuk mengesahkan siapa itu Azmin? dan adakah apa yang dia fikirkan selama ini pula adalah betul atau salah... untuk mengetahui siapa itu Azmin, apa kaitan Azmin dengan Manja, apa perancangan Manja dan adakah Manja berjaya dalan rancangannya itu? bacalah Layang-layang Bertali Kaca, semuanya jawapan untuk semua persoalan tersebut terdapat di dalam novel ini...


Resipi Cinta-Iejay Zakaria

Resipi Cinta berkisah tentang Adriana, seorang anak yatim piatu yang sangat suka mengumpul resipi dan mencuba resipi baru. Tragedi seorang lelaki bernama Erdyzuan yang membuat kecoh di sebuah pasaraya, tempat Adriana bekerja telah mengikat dua hati ini sebagai pasangan kekasih. Dalam masa tida bulan, status hubungan mereka bertukar daripada pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri. Pada mulanya Adriana tidak dapat menerima lamaran Erdyzuan kerana baginya hubungan mereka masih terlalu awal. Hubungan rumah tangga mana yang tidak bergoyah, begitu jugalah yang dilalui oleh mereka berdua. pelbagai dugaan yang melanda mereka sehinggakan mereka terpisah selama lima tahun akibat hati busuk Emil, adik kesayangan Erdyzuan.
Lima tahun berlalu memberi pelbagai pengalaman kepada Adriana. setelah bertemu kembali dengan Erdyzuan, Adriana mendapat berita yang dia sebenarnya bukan anak yatim piatu kerana ibunya masih hidup dan sedang menetap di Sabah. Pada mulanya, Adriana sangat gembira. Tetapi perasaan gembiranya hanya seketika.
Apakah yang membuatkan perasaan gembiranya ranap? untuk mengetahui kesudahan cerita novel ini, bacalah novel Resipi Cinta ini.....
Bahagian yang paling saya suka di dalam novel ini adalah, resipi-resipi yang diseitkan di dalan novel ini... semuanya best-best dan mengelerakan....

Isnin, 12 April 2010




Salam....

Untuk ulasan terbaru ini, mungkin ada yang akan mengatakan yang novel yang paling kiri tu bukan novel terbaru. Ia, memang betul. Novel itu dikeluarkan pada akhir tahun lepas. Disebabkan pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini, saya sibuk menyiapkan tugasan semester akhir, jadinya saya langsung tidak berkesempatan untuk membaca dan membeli novel tersebut. Manakala novel yang tengah dan yang paling hujung tu novel yang paling baru sampai ke tangan saya(sebenarnya dah seminggu saya habis baca novel-novel tersebut cuma sekarang baru nak post ke blog ni... hahahahaha)Oh ya, ketiga-tiga novel ini juga merupakan keluaran Jemari Seni Publishing.

Kemilau Mutiara Raudhah-Saidatul Saffa

Novel ini amat bagus untuk sesiapa yang ingin berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik. Izzat tidak mengetahui yang perempuan yang dia suka dan tunang yang tidak pernah dia jumpa adalah seorang perempuan yang sama iaitu Raudhah. Namun, di saat dia benar-benar gembira dengan perkhabaran tersebut, Raudhah pula inginkan mereka putus.
Dua tahun berlalu. Dua tahun mereka membuang masa. Dua tahun mereka menanggung derita sendirian. Dua tahun Izzat mengenali semula Islam yang telah lama dilupai. Dua tahun juga Raudhah tidak kembali ke kampung halaman ibunya, Malaysia. Dan setelah dua tahun tersebut, Raudhah sekali lagi didatangi dengan satu utusan rombongan merisik. Kali ini ibu bapanya menyerahkan segala keputusan kepada Raudhah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dengan bantuan ALLAH SWT, dia menerima pinangan dari lelaki yang dia langsung tidak mahu kenali.
Perkahwinan mereka boleh disifatkan sebagai perkahwinan merentas benua. saya mengatakan sedemikian kerana mereka berkahwin melalui web confrence di antara Malaysia dan Scotland. Untuk mengetahui reaksi Raudhah apabila mengetahui suaminya adalah seseorang yang sangat dia rindui selama ini, bacalah Kemilau Mutiara Raudhah. selamilah perasaan Raudhah di saat di tinggalkan suami kerana ingin mengejar jihad di dunia. novel ini sangat-sangat-sangat best!!!!


Versus-Hlovate

Pasti ramai telah membaca novel ini. Tulisan Hlovate adalah sangat ditunggu-tunggu oleh peminatnya termasuklah saya. Bagi yang telah membaca Ked's Story-Pelangi, dan belum lagi membaca novel ini, Versus adalah kisah perjalanan, percintaan dan kehidupan adik Ked, Minn Edina. Perjalanan Minn berubah daripada skater tegar menjadi seorang wanita. Perjalanan Minn mengenal Tuhan Yang Satu. Perjalanan Minn Mengenal cinta sejati. Dan perjalanan kehidupan seorang lelaki bernama Asyraf Omar atau dikenali sebagai AO.
Perkenalan antara Minn dan AO hanya berlandaskan mentor dan anak didik. Tetapi lama kelamaan, AO menyimpan perasaan terhadap mentornya. Namun, Minn tidak tahu hendak menerima atau menolak luahan rasa AO tersebut. Pertemuan AO dan Minn adalah yang terakhir di saat AO meluahkan perasaan terhadap. Setelah itu Minn tidak pernah bertemu dengan AO. Tiba-tiba Minn mendapat perkhabaran yang AO telah terbang ke negara kanggaru untuk menyambung pelajaran.
Adakah mereka akan bertemu kembali? dan adakah cinta itu akan terus ada di dalam hati AO? Bacalah novel ini. Ia banyak mengimbas kenangan ketika mereka bergelar skater. dari seorang perempuan yang sibuk duk mengusung skate board ke hulu ke hilir, bertukar menjadi seorang perempuan yang telah terbiasa menyarung baju kurung dan tudung labuh.


Damai-Saidatul Saffa, Noor Suraya, Syud

tiga cerita di dalam satu novel...
saya paling minat dengan karya Saidatul Saffa dan Noor Suraya. Manakala karya Syud juga saya suka tetapi pengakhirannya terdapat sedikit tergantung. Mungkin Syud perlu menyambung novel ini supaya ia lebih best lagi.
Damai-Saidatul Saffa memang best kerana permulaan dan pengakhiran yang amat memuaskan. Mengisahkan perjalanan Naseema di bumi Turki untuk menjalankan kajian mengenai tugasannya. di sana dia bertemu dengan seorang pemuda Turki bernama Sadiq. Dalam diam, mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, setelah Naseema melihat sendiri perangai Sadiq, dia jadi tawar hati dan bertinda melarikan diri ke pedalaman Turki.
Yang Jauh Di Pulau-Noor Suraya
Suffiah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya ke rumah neneknya di Pulau Langkawi, Kedah sementara menunggu keputusan STPM. Di sana dia belajar memasak, belajar hidup sebagai orang kampung dan belajar jatuh cinta dengan seorang penjual ikan.
Penjual ikan?? mesti ada yang tertanya-tanya , kenapa penjual ikan? kenapa tidak seorang ahli perniagaan, peguam, arkitek ataupun doktor, seperti mana kebiasaanya novel. ini kelainan yang ingin Noor Suraya tonjolkan. untuk mengetahui sejauh mana cinta Suffiah pada si penjual ikan, bacalah novel ini....
Langit Tetap...Biru-Syud
Cerpen yang di tulis oleh Zahra tentang seorang jejaka yang sangat diminatinya ketika masih bergelar pelajar telah jatuh ke tangan seseorang. Apabila Zahra dapat tahu tentang cerpennya itu, terus dia gelabah. Kerana cerpen itu mengandungi rahsianya tentang seseorang. apakah rahsia tersebut? bacalah novel ini... Diharapkan anda seronok membaca novel-novel ini....
SELAMAT MEMBACA!!!

Rabu, 7 April 2010

salam… thanks to all yang menyokong novel Kalau Sudah Sayang di laman web www.penulisan2u.my. Dan ada juga yang mengkritik novel ini, semua sokongan dan kritikan anda saya terima dengan hati yang terbuka.
Untuk pengetahuan anda semua, novel bergenre kahwin atas pilihan keluarga dan bercinta selepas kahwin adalah genre yang sangat saya minati(sama ada membaca dan menulis). Bagi saya novel-novel bergenre sebegini lebih mendidik kita kepada cinta yang lebih kekal abadi dan cinta yang halal. Ini bukannya bermakna saya menentang perhubungan percintaan sebelum kahwin. Cuma saya tidak berapa setuju.
Kerana bagi saya cinta sebelum kahwin masih haram tetapi sudah ada yang memegang sesama mereka yang boleh membawa kepada zina dan maksiat(seperti yang berlaku pada anak muda dan ramaja zaman sekarang). sehinggakan kadang-kadang saya terfikir, emak ayah mereka tidak marah ke mereka keluar, berpelukan dan bercumbuan di tempat awam sebegitu rupa? ish, ish, ish...
Di sini juga saya bukan nak tunjuk baik atau nak jadi ustazah tetapi saya meluahkan apa yang saya rasa, yang saya pandang dan yang saya fikir... Saya tidak layak untuk menjadi ustazah kerana saya juga tidak sempurna apatah lagi menasihati orang tetapi diharapkan dengan hadirnya karya saya ini dapat mendidik mereka di luar sana yang mungkin ada kena mengena dengan novel saya ini... INSYA ALLAH...
Berbalik pada novel saya ini, saya juga mempunyai cita-cita untuk menghantar naskah novel ini ke syarikat penerbitan tetapi novel ini masih lagi di dalam proses penulisan, hanya tinggal 10-20% je lagi. Doakanlah agar novel ini di pandang oleh syarikat penerbitan… INSYA ALLAH...

Sabtu, 27 Mac 2010





Salam... Berjumpa lagi kita..

hmmm... mesti ada yang pelik dengan post terbaru dari saya ini.. sebenarnya bermula post kali ini dan yang akan datang, saya akan menerbitkan ulasan tentang novel-novel yang telah saya baca...Mana yang sempat saya baca, akan saya paparkan di blog ini...

Novel pertama: Ruang Rimdu-Rozita Abd Wahab-Alaf21

Novel ni memang best! Saya mengatakan novel ini best kerana boleh tak anda bayangkan, seorang playboy dipadankan dengan seorang tomboy? Mesti haru dunia kan? Dan inilah yang terjadi di dalam novel ini... apabila si emak menerima pinangan daripada lelaki yang langsung si anak iaitu tomboy ini tidak kenali menyebabkan si tomboy mengamuk sakan....
watak utama novel ini adalah Camelia dan Halil... tetapi amukan Camelia tidak berpanjangan apabila mengetahui yang pinangan tersebut datang daripada anak cikgunya ketika sekolah rendah dahulu...
Namun ketika Camelia sudah dapat menerima kenyataan hidup yang dia merupakan tunangan orang, Halil pula membuat onar... untuk mengetahui kesudahan cerita ini, bacalah novel Ruang Rindu..

Novel kedua: Saat kau kata cinta-anis ayuni-Alaf21

Ini adalah novel terbaru daripada penulis terkenal iaitu Anis Ayuni.. novel ini berkisar tentang percintaan-percintaan yang di tempuhi oleh seorang gadis bernama Darwina. Darwina mula mengenal cinta bersama rakan sekolahnya iaitu Hijaz.. kemudian, apabila dia mengetahui Hijaz bermain keyu tiga dengan kawan baiknya sendiri, Nuril, dia mengambil keputusan untuk melepaskan Hijaz tanpa pengetahuan lelaki itu. apabila menjejakkan kaki ke universiti, cinta Azril pula datang menyapanya... tetapi di harapkan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari... betapa luluhnya hatinya apabila dia mengetahui Azril yang dicintai adalah milik orang... sedang hati berperang sesama sendiri, dia menerima huluran cinta daripada Abang syafi, abang sepupu kepada sepupunya... mampukah Darwina menerima kehadiran ABang Syafi yang tua 11 tahun daripadanya setelah dua kali dikecewakan?

Novel ketiga: Tiada Sepertimu-anita aruszi-kakinovel

Keifli Benjamin dan Zara dipertemukan dalam suasana yang sangat tegang... mereka bertemu lagi secara tida sengaja selepas itu dan pelbagai tragedi berlaku... salah satu darinya ialah emak Zara, Rubiah menyuarakan hasrat untuk melihat Keifli dan Zara berkahwin.. cadangan yang dianggap tidak masuk akal dan paling tidak disetujui oleh mereka berdua... Namun kerana alasan Rubiah sakit, Keifli dan Zara terpaksa juga menerima cadangan yang mereka anggap sangat bodoh...
Novel ini memang best kerana dalan benci ada cinta, dalam benci ada sayang, dalam benci ada rindu... dan di dalam novel ini juga telah membongkar satu-persatu masa silam Zara yang selama ini di sembunyikan oleh Rubiah dan Keifli daripada pengetahuannya..
untuk mengetahui apakah rahsia tersebut, bacalah novel ini, apa yang saya boleh katakan, memang berbaloi untuk wang anda, tak rugi pun....

Rabu, 24 Mac 2010

Salam Sejahtera to all of u.....
Lamanye saya tidak meninggalkan sebarang catatan. Hampir setahun. Dalam tempoh hampir setahun itu, pelbagai perkara yang saya tempuhi. Yang paling dasyat sekali dengan adalah dugaan semester akhir baru-baru ini. Huh... Lega rasanya apabila sudah selesai semuanya.. sekarang saya free sangat-sangat... cuma tengah tunggu result je, pastu around june or july, saya akan convo... huh, tak sabar rasanya...
Dan setelah segala kerja saya telah selesai, baru sekarang aku teringat yang saya mempunyai satu blog yang sudah lama tidak diselenggara... huh! kelakar jugak bile di fikirkan kembali.. hahahahaha...
oh, ya.. Disini juga saya ingin maklumkan yang saya telah kembali menulis novel.. u all boleh baca novel saya di laman web: www.penulisan2u.my.... dan carilah novel bertajuk Kalau Sudah Sayang... diharapkan kepada yang membaca novel itu enjoy yee... di dalam novel itu ada suka, duka, pahit dan manis seorang perempuan yang bergelar anak, isteri dan pelajar.... Novel ini juga adalah adaptasi daripada kisah benar seorang kawan yang saya olah sedikit agar sesuai dengan cara penulisan saya...
Di dalam simpanan saya novel itu sudah 80-90% siap.. cuma endingnya saja yang membuatkan saya pening kepala.... ok la.. Bagi yang telah membaca novel tersebut dan telah meninggalkan komen, thanks for u all... teruskan sokongan anda, tanpa anda siapalah saya.... oh ya, untuk soalan salah seorang pembaca yang ingin mengetahui sama ada saya mempunyai blog atau tidak, inilah blog saya, teratak saya....

Isnin, 29 Jun 2009

Salam.....
terima kasih saya ucapkan kepada pelayar-pelayar yang sudi singgah ke blog ini. terutama pada Syafiq yang telah singgah di blog ini dan meninggalkan komen.n untuk pertanyaan Syafiq itu, ini jawapannya:
- saya berasa mungkin kerana di blog saya ini tertulis nama Sekolah Menengah Panji Alam iaiatu sekolah lama saya.
-blog saya tidak terpapar pun apabila saya menaip nama sekolah tersebut di dalam ruangan google. apa-apa pun terima kasih ker5ana sudi menjengah laman ini.
sudah lama saya tidak mengedit laman blog ini. mungkin kerana kesibukan menempuhi alam belajar dan sistem internet yang terlalu lembab di sini.
tambahan lagi, saya akan menduduki semester akhir pada semester akan datang. tidak sabar rasanya hendak habis belajar. bukan apa. terasa lama pula waktu bergerak..
itu saja untuk waktu ini. jika ada masa lagi pasti saya akan mengedit blog ini..
salam.........

Rabu, 19 November 2008