Rabu, 19 November 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog saya ini.
Disebabkan tiada masa untuk mengedit blog ini, baru sekarang saya mempunyai kelapangan untuk mengedit blog ini. Jangan kata nak edit, buka pun tak dek kerana kesibukan yang amat. Selama hampir dua bulan blog ini dibiarkan tanpa perkembangan terbaru.
Tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan 'TAHNIAH' kepada semua adik-adik yang berjaya didalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Yang tidak berjaya, saya harap adik-adik tidak berputus asa kerana ini bukannya penamat bagi segala-galanya. Adik-adik masih jauh perjalanan dalam hidup ini. Masih ada 2 peperiksaan yang penting menanti adik-adik. PMR $ SPM.
Kepada teman-temanku yang sekarang ini sedang berperang dengan peperiksaan STPM yang sedang melanda. Diharapkan kalian memperolehi keputusan yang cemerlang. Selamat berusaha.. Cayo, cayo..