Isnin, 12 April 2010




Salam....

Untuk ulasan terbaru ini, mungkin ada yang akan mengatakan yang novel yang paling kiri tu bukan novel terbaru. Ia, memang betul. Novel itu dikeluarkan pada akhir tahun lepas. Disebabkan pada akhir tahun lepas hingga awal tahun ini, saya sibuk menyiapkan tugasan semester akhir, jadinya saya langsung tidak berkesempatan untuk membaca dan membeli novel tersebut. Manakala novel yang tengah dan yang paling hujung tu novel yang paling baru sampai ke tangan saya(sebenarnya dah seminggu saya habis baca novel-novel tersebut cuma sekarang baru nak post ke blog ni... hahahahaha)Oh ya, ketiga-tiga novel ini juga merupakan keluaran Jemari Seni Publishing.

Kemilau Mutiara Raudhah-Saidatul Saffa

Novel ini amat bagus untuk sesiapa yang ingin berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik. Izzat tidak mengetahui yang perempuan yang dia suka dan tunang yang tidak pernah dia jumpa adalah seorang perempuan yang sama iaitu Raudhah. Namun, di saat dia benar-benar gembira dengan perkhabaran tersebut, Raudhah pula inginkan mereka putus.
Dua tahun berlalu. Dua tahun mereka membuang masa. Dua tahun mereka menanggung derita sendirian. Dua tahun Izzat mengenali semula Islam yang telah lama dilupai. Dua tahun juga Raudhah tidak kembali ke kampung halaman ibunya, Malaysia. Dan setelah dua tahun tersebut, Raudhah sekali lagi didatangi dengan satu utusan rombongan merisik. Kali ini ibu bapanya menyerahkan segala keputusan kepada Raudhah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dengan bantuan ALLAH SWT, dia menerima pinangan dari lelaki yang dia langsung tidak mahu kenali.
Perkahwinan mereka boleh disifatkan sebagai perkahwinan merentas benua. saya mengatakan sedemikian kerana mereka berkahwin melalui web confrence di antara Malaysia dan Scotland. Untuk mengetahui reaksi Raudhah apabila mengetahui suaminya adalah seseorang yang sangat dia rindui selama ini, bacalah Kemilau Mutiara Raudhah. selamilah perasaan Raudhah di saat di tinggalkan suami kerana ingin mengejar jihad di dunia. novel ini sangat-sangat-sangat best!!!!


Versus-Hlovate

Pasti ramai telah membaca novel ini. Tulisan Hlovate adalah sangat ditunggu-tunggu oleh peminatnya termasuklah saya. Bagi yang telah membaca Ked's Story-Pelangi, dan belum lagi membaca novel ini, Versus adalah kisah perjalanan, percintaan dan kehidupan adik Ked, Minn Edina. Perjalanan Minn berubah daripada skater tegar menjadi seorang wanita. Perjalanan Minn mengenal Tuhan Yang Satu. Perjalanan Minn Mengenal cinta sejati. Dan perjalanan kehidupan seorang lelaki bernama Asyraf Omar atau dikenali sebagai AO.
Perkenalan antara Minn dan AO hanya berlandaskan mentor dan anak didik. Tetapi lama kelamaan, AO menyimpan perasaan terhadap mentornya. Namun, Minn tidak tahu hendak menerima atau menolak luahan rasa AO tersebut. Pertemuan AO dan Minn adalah yang terakhir di saat AO meluahkan perasaan terhadap. Setelah itu Minn tidak pernah bertemu dengan AO. Tiba-tiba Minn mendapat perkhabaran yang AO telah terbang ke negara kanggaru untuk menyambung pelajaran.
Adakah mereka akan bertemu kembali? dan adakah cinta itu akan terus ada di dalam hati AO? Bacalah novel ini. Ia banyak mengimbas kenangan ketika mereka bergelar skater. dari seorang perempuan yang sibuk duk mengusung skate board ke hulu ke hilir, bertukar menjadi seorang perempuan yang telah terbiasa menyarung baju kurung dan tudung labuh.


Damai-Saidatul Saffa, Noor Suraya, Syud

tiga cerita di dalam satu novel...
saya paling minat dengan karya Saidatul Saffa dan Noor Suraya. Manakala karya Syud juga saya suka tetapi pengakhirannya terdapat sedikit tergantung. Mungkin Syud perlu menyambung novel ini supaya ia lebih best lagi.
Damai-Saidatul Saffa memang best kerana permulaan dan pengakhiran yang amat memuaskan. Mengisahkan perjalanan Naseema di bumi Turki untuk menjalankan kajian mengenai tugasannya. di sana dia bertemu dengan seorang pemuda Turki bernama Sadiq. Dalam diam, mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, setelah Naseema melihat sendiri perangai Sadiq, dia jadi tawar hati dan bertinda melarikan diri ke pedalaman Turki.
Yang Jauh Di Pulau-Noor Suraya
Suffiah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya ke rumah neneknya di Pulau Langkawi, Kedah sementara menunggu keputusan STPM. Di sana dia belajar memasak, belajar hidup sebagai orang kampung dan belajar jatuh cinta dengan seorang penjual ikan.
Penjual ikan?? mesti ada yang tertanya-tanya , kenapa penjual ikan? kenapa tidak seorang ahli perniagaan, peguam, arkitek ataupun doktor, seperti mana kebiasaanya novel. ini kelainan yang ingin Noor Suraya tonjolkan. untuk mengetahui sejauh mana cinta Suffiah pada si penjual ikan, bacalah novel ini....
Langit Tetap...Biru-Syud
Cerpen yang di tulis oleh Zahra tentang seorang jejaka yang sangat diminatinya ketika masih bergelar pelajar telah jatuh ke tangan seseorang. Apabila Zahra dapat tahu tentang cerpennya itu, terus dia gelabah. Kerana cerpen itu mengandungi rahsianya tentang seseorang. apakah rahsia tersebut? bacalah novel ini... Diharapkan anda seronok membaca novel-novel ini....
SELAMAT MEMBACA!!!

Tiada ulasan: