Isnin, 11 Ogos 2008

Assalamualaikum kepada semua bekas rakan sekelasku 5 Sains 2, SMK Panji Alam. Bagaimana agaknya dengan korang semua sekarang ni. Nisah, Najiah, Bidin, Kenen, Kulong, Tocha, Ayo, Suzi, Farah, Farahim. Lamanya tak dengar khabar korang... Dah ramai takde kat sini. Tinggal beberapa kerat je.
Korang ni dah tak nak contact aku ke? Kurang-kurang mesej ke kalau tak nak telefon... Aku ada la hantar mesej kat dua tiga geng-geng kita... tapi nampaknya diorang dah delete nombor aku... huhuhu sedihnya....
Kepada Kenen(Afiq Zulkarnain), Sori la ek... Aku tak dapat pergi bbq yang kau buat baru-baru ni.. Bukan tak nak pergi tapi masa tu aku ada kelas. Aku dah pesan kat Bidin.. Aku dapat tahu dari Farah sebab Farah ada pergi, kau marah ek... Sori la banyak-banyak...
Kepada guru yang pernah mengajar diri ini, Jutaan terima kasih saya ucapkan.. Jasa mereka tidak terbalas.. Cikgu Kamariah, Cikgu Hafizah, Cikgu Wan Khaliza, Cikgu Norisah dan ramai lagi (tidak tersebut disini).
Dengar kata bulan puasa ni, ada yang nak buat majlis berbuka puasa. Mungkin dekat-dekat nak raya kot sebab ramai geng-geng kita dapat cuti dua tiga hari sebelum raya.. Farahim dah sanggup, orang lain tak tahulah.. Kira nak ganti balik yang Kenen buat bbq baru ni...
Ok lah, sampai disini dulu.. ada kelas pulak lepas ni...lain kali kalau ada masa aku menulis lagi... Bye, Wassalam.....