Rabu, 21 April 2010

NOVEL BARU DARI NBKARA....




Salam semua.....
Berjumpa lagi kita, Alhamdulillah kita semua masih lagi di panjangkan umur oleh ALLAH S.W.T...
Untuk novel terbaru ini saya memilih dua novel keluaran NBKara. Salah satunya merupakan penulis novel yang sangat popular di kalangan peminat novel ataupun di kalangan penulis novel iaitu Norhayati Berahim. Norhayati berahim mula mencipta nama di dalam dunia penulisan novel menerusi novel yang di keluarkan oleh Alaf21 sebelum beralih untuk menerbitkan sendiri karyanya menerusi syarikatnya. Manakala seorang lagi penulis merupakan penulis pelapis yang juga akan menjadi terkenal seperti Norhayati Berahim suatu hari nanti. Penulis tersebut mengguna nama pena sebagai Ieyay Zakaria.


Layang-layang Bertali Kaca-Norhayati Berahim

Kisah bermula dengan Manja, kanak-kanak berumur 8 tahun dan merupakan seorang anak orang kaya bernama Tengku Shariman yang hidupnya sangat terkongkong oleh ayahnya. Tengku Shariman menganggap orang yang rapat dengan keluarganya semuanya inginkan harta miliknya. Kerana itulah Manja tiada kawan. Hidup Manja hanyalah di dalam rumah banglo milik papanya yang telah dianggap sebagai sangkar emas. Manja hanya punya satu keinginan iaitu untuk bermain layang-layang seperti apa yang dia lihat setiap hari ketika melintasi padang yang menjadi tempat bermain layang-layang ketika pulang dari sekolah.
Dan pada suatu hari Manja dapat juga bermain layang-layang atas pelawaan Pak Jusuh, pemandu papanya. Manja sangat seronok kerana dapat bermain layang-layang seperti mana rakan sebayanya. Di padang layang-layang itulah dia bertemu seorang kanak-kanak lelaki dan emak kanak-kanak lelaki tersebut. Manja tidak tahu apa nama kanak-kanak lelaki itu kerana kanak-kanak lelaki itu hanya membahasakan diri sebagai "abang". Namun kegembiraan Manja tidak berpanjangan. Pada suatu hari dia dikejutkan dengan berita yang Pak Jusuh telah berhenti kerja dan secara automatik Manja sudah tidak dapat lagi bermain layang-layang.
Tahun berganti tahun berlalu dengan cepatnya. Pada usia Manja 24 tahun, Manja di perkenalkan dengan seorang lelaki bernama Azmin oleh sahabatnya, Zakiah. Pada pertemuan pertama, Manja sudah dapat mengagak siapakah Azmin itu. Lalu, Manja mengatur satu rancangan untuk mengesahkan siapa itu Azmin? dan adakah apa yang dia fikirkan selama ini pula adalah betul atau salah... untuk mengetahui siapa itu Azmin, apa kaitan Azmin dengan Manja, apa perancangan Manja dan adakah Manja berjaya dalan rancangannya itu? bacalah Layang-layang Bertali Kaca, semuanya jawapan untuk semua persoalan tersebut terdapat di dalam novel ini...


Resipi Cinta-Iejay Zakaria

Resipi Cinta berkisah tentang Adriana, seorang anak yatim piatu yang sangat suka mengumpul resipi dan mencuba resipi baru. Tragedi seorang lelaki bernama Erdyzuan yang membuat kecoh di sebuah pasaraya, tempat Adriana bekerja telah mengikat dua hati ini sebagai pasangan kekasih. Dalam masa tida bulan, status hubungan mereka bertukar daripada pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri. Pada mulanya Adriana tidak dapat menerima lamaran Erdyzuan kerana baginya hubungan mereka masih terlalu awal. Hubungan rumah tangga mana yang tidak bergoyah, begitu jugalah yang dilalui oleh mereka berdua. pelbagai dugaan yang melanda mereka sehinggakan mereka terpisah selama lima tahun akibat hati busuk Emil, adik kesayangan Erdyzuan.
Lima tahun berlalu memberi pelbagai pengalaman kepada Adriana. setelah bertemu kembali dengan Erdyzuan, Adriana mendapat berita yang dia sebenarnya bukan anak yatim piatu kerana ibunya masih hidup dan sedang menetap di Sabah. Pada mulanya, Adriana sangat gembira. Tetapi perasaan gembiranya hanya seketika.
Apakah yang membuatkan perasaan gembiranya ranap? untuk mengetahui kesudahan cerita novel ini, bacalah novel Resipi Cinta ini.....
Bahagian yang paling saya suka di dalam novel ini adalah, resipi-resipi yang diseitkan di dalan novel ini... semuanya best-best dan mengelerakan....

Tiada ulasan: